Hari tu, kedai kedai makan tempat aku berkerja sangat laku. Entah kenapa, pelanggan yang datang kira-kira 3 atau 4 kali ganda banyaknya. Maka, tak menang tangan, kaki dan mulut aku dan rakan sekerja melayan mereka…
Tinggal 2 customer yang perlu dilayan, aku memilih yang di belakang kerana pelanggan di depan tu aku kenal !! banyak songeh gile. eh, tak baik memilih-milih pelanggan tau..haha… Seperti biasa, aku tanya nak makan apa? Dia mintak mee hoon goreng, aku kata takde. Kalau char kuew tiaw adela, tapi tu pun lepas pukul 5 je. Tak semena-mena, makcik tu macam nak marah aku, dan tanya dengan nada yang marah, abes ape yang ada? aku sebutkan la apa yang ada. Lepas tu, dia kata dia tak nak semua bende tu… Aku berkata sabau byk2 kali dalam hati.. dan masih cuba untuk senyum, tak kesahla herot ke!
Lepas tu, dia kata nak makan nasik campur. Rendang dah habis, itu jugaklah yang dia nak. Dan dia marah aku sebab rendang dah habes. Oleh kerana treshold kesabaran aku yang sedang penat telah menjadi rendah, aku pun kata la, kalau nak, datang awal la weiii… tapi, makcik tu lagi hebat, dia telah marah aku dengan lagi garang…Aku malas nak layan, aku ikutkan je ape yg dia nak.
Malas nak layan? tipu..aku sebenarnya terkedu, kenapa la ada orang macam tu. Marah tak tentu pasal dan tanpa rasa malu. Rasa cam nak menitik air mata pun ada. Lepas tu, aku ckp ngan bos aku nak rehat sekejap dekat belakang, nak layan feel sedeyyy. Rupa-rupanya ada kawan aku yang nampak apa yang terjadi. Dia mengadu kat bos.
Bos aku mengamalkan prinsip “customer is never right, the worker is always right”. Aku suka prinsip bos aku. Hahaha, soli aa customer-customer sume..Bos aku datang kat aku lepas tu tanye
“makcik tu marah ko ek? dia cakap ape?”
Aku geleng-geleng “tak la”
Bos aku jawap “ain kali, kalau ada customer marah ko, bagi tau aku. Biar aku marah dia balik, ingat aku kisah ke kalau die tak makan kat sini”
Aku terkasima. Trimasss bos, ko mmg baik. Kawan aku merenung bos semasa bos cakap macam tu kat aku. Bos tiba-tiba, cepat-cepat sambung lagi cakap
“semua pun, kalau kene marah bagi tau aku” kata bos
Kawan aku kat tepi tu terkebil-kebil.. hahaha, kami tau lah bos.. Hari itu, aku terasa terhutang terima kasih pada bos!!